Ratib Al-Haddad ini mengambil nama dari nama penyusunnya, yaitu Imam
Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang
terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib
Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar
Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan
inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah
(bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid
beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di
Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah untuk
membentengi dengan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk
kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada
ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri,
yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam
Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Mesjid
Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan
tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama
doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca
sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan
solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib
al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut
selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib
Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib
berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab
al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi pernah menyatakan
bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan
iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali
(walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin
dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa perbedaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib
Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah
oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad
memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada
masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa
keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan barangsiapa yang membaca ratib
ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amin.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di
dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah
S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara
ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia
adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam
Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca
berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek
ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada
zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai[1]. Ratib ini berbeza
daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib
Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah.
Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.
Berikut daftar track dalam album ini :
1. Muqoddimah,
2. Rotibul Haddad
3. Qosidah Burdah
4. Shollalloh
5. Shil Ya Nabi
Dapatkan kaset dan VCDnya di toko-toko yang ada, dukung karya2 mereka
agar industri musik sholawat tetap eksis dan lestari......